Fattah Amin Tak Ambil Komisen Walau 1 Sen

Minta Infak Golongan Memerlukan

Fattah Amin Tak Ambil Komisen Walau 1 Sen

Fattah Amin Tak Ambil Komisen Walau 1 Sen

Pelakon Fattah Amin mahu menyalurkan wang komisen hasil daripada penglibatannya dalam mempromosikan sebuah produk makanan, baru-baru ini sebagai sumbangan infak kepada golongan memerlukan.

Sekaligus, penyanyi lagu Wanita Terakhir berusia 34 tahun itu memilih untuk tidak menerima walau satu sen daripada komisyen berkenaan.

Menerusi tangkap layar perbualan dengan pihak jenama Pat Mat Western yang mengeluarkan produk makanan perap yang dikongsikan di Facebook, Fattah meminta pihak pengurusan mengendalikan niat murninya itu.

“Kecewa dengan tindakan Fattah Amin. Pak Mat kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen atas hasil penat lelah menjual kambing.

“Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Moga dibalas segala kebaikan Fattah Amin,” tulis paparan terbabit bersama tangkap layar perbualan dipercayai bersama Fattah.

Menerusi tangkap layar itu juga, dapat diperhatikan nilai komisen yang dikaburkan dipercayai berjumlah ribuan ringgit.

Terdahulu, Fattah tampil mempromosikan jenama berkenaan dalam sebuah iklan yang ditayangkan di sosial media sekaligus menjadi sorotan ramai pihak.

Fattah Amin Tak Ambil Komisen Walau 1 Sen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker