Ismail Sabri imbau zaman jadi pemimpin pelajar di UM
Ismail Sabri imbau zaman jadi pemimpin pelajar di UM
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengimbau kembali kenangan beliau semasa menjadi pemimpin pelajar di Universiti Malaya (UM).
Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook turut berkongsikan gambar kenangan bersama Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia 1982/1983.
Menurut beliau, gambar berkenaan menggamit memori sebagai pemimpin pelajar yang banyak memperjuangkan isu rakyat.
“Bergambar bersama ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM ketika saya menjawat jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa UM selepas bermesyuarat dengan Allahyarham Professor Diraja Ungku Aziz.
”Menjadi pemimpin pelajar banyak membentuk pemikiran saya dalam perjuangan membela rakyat,” katanya hari ini.
Ismail Sabri yang merupakan anak penoreh getah serta dilahirkan di Temerloh, Pahang berkenaan merupakan graduan Fakulti Undang-undang UM.
Tajuk tesis Ijazah Sarjana Undang-undang (LLB) beliau bertajuk Layanan Terhadap Tahanan Politik di Malaysia.
Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi serta pujian dari warganet yang rata-ratanya menyedari kualiti pelajar universiti di era berkenaan.
Menurut pemilik akaun Facebook bernama Abdullah Pak Lah MY, adalah sesuatu yang bukan biasa-biasa sekiranya dapat menjadi sebahagian daripada ahli jawatankuasa persatuan pelajardi universiti.
“Bermakna semangat dan jati diri Pak Long (Ismail Sabri) telah dibentuk sewaktu masih lagi bergelar pemimpin Mahasiswa. PM (Perdana Menteri) Kebanggaan Kami Semua,” katanya.
Bagi Che Putih Che Mat pula, Ismail Sabri sememangnya sangat layak menjadi pemimpin Keluarga Malaysia.
“Terbaik DSIS (Datuk Seri Ismail Sabri,” kata Che Putih Che Mat. E9
Ismail Sabri imbau zaman jadi pemimpin pelajar di UM
Baca Artikel Menarik:
- Teh o ais kayangan RM5, kedai dikenakan kompaun
- Peniaga nasi ayam & itik viral berdosa perlu bertaubat dan mohon maaf – Mufti
- Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki
- Proton Exora 2023 dengan harga bermula RM62,800
- Keberanian Ismail Sabri memimpin semakin diakui
- Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu
- Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE
- Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill
- Ira Kazar dipanggil Jawi
- Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal
- Tindakan kejam! Brigedier Jeneral Indonesia tembak mati beberapa ekor kucing termasuk yang bunting
- Aksi berbalas ciuman Meerqeen dengan selebriti Indonesia dikecam
- Sindir pihak berkuasa, jalan berlubang jadi ‘kebun’ pisang [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri
Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)
MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen
You must be logged in to post a comment.