Suspek tikam lelaki Pakistan hingga mati diburu polis

Oleh – Syeikh Baran

Suspek tikam lelaki Pakistan hingga mati diburu polis

Polis sedang mengesan identiti suspek lelaki tempatan yang dipercayai terlibat menikam seorang lelaki warga Pakistan sehingga mati dalam kejadian di Pulau Tikus, di sini semalam.



Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 48 tahun telah dibawa oleh rakannya ke sebuah klinik swasta di Jalan Dato Keramat, untuk mendapatkan rawatan.

”Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan dan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan masih dijalankan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker