PATI dicekup imigresen rayu dilepaskan

Oleh – Syeikh Baran

PATI dicekup imigresen rayu dilepaskan

Tidak hanya cuba bersembunyi di dalam hutan dan kawasan ladang, ada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan merayu untuk dilepaskan.



Drama itu merupakan antara cubaan warga asing melepaskan diri daripada ditahan dalam Ops Timur 2.0 yang diadakan selama empat hari bermula 17 Oktober hingga 20 Oktober di empat daerah di negeri ini.

Menurut Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, seramai 151 PATI diberkas di 56 buah premis di sekitar Kuala Pilah, Jelebu, Jempol serta tiga lokasi di daerah Tampin iaitu Gemencheh, Tampin, Gemas.

“Mereka yang ditahan berusia antara setahun hingga 52 tahun atas pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan – Peraturan Imigresen 1963,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Yemen, Afganistan, Pakistan, India dan Thailand.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker