Lelaki mabuk bunuh rakan sebab hutang

Oleh – Syeikh Baran

Lelaki mabuk bunuh rakan sebab hutang

Gara-gara liat bayar hutang seorang lelaki warganegara asing dijumpai tidak bernyawa berlumuran darah di hadapan luar pagar stor di Jalan Kemajuan Perindustrian 4 BT 24, di sini awal pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Tinggi berjaya menaha seorang suspek lelaki warga asing berusia 30-an di kawasan tepi jalan Batu 25, Jalan Johor, Kota Tinggi sekitar pukul 2 pagi.

Menurutnya, susulan tangkapan itu, pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit beserta dengan pakaian yang mempunyai kesan darah dipercayai dipakai oleh suspek semasa kejadian.

“Namun senjata yang digunakan masih dalam pencarian pihak polis dan punca kejadian dipercayai disebabkan hutang.

“Mereka juga berada dalam keadaan mabuk sewaktu kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 28 Oktober ini bagi membantu siasatan.

Jelasnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail Johor Bahru untuk bedah siasat.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker