Hilang 38 hari, gadis OKU ditemui ketika cari kerja

Oleh – Syeikh Baran

Hilang 38 hari, gadis OKU ditemui ketika cari kerja

Seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran yang dilaporkan hilang sejak 38 hari lalu ditemui dalam keadaan selamat, Khamis lalu.



Nurul Najwa Muhammad Hasif, 22, ditemui di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru ketika sedang mencari kerja oleh orang awam.

Menurut ibunya, Azura Ahmad, 39, anak perempuannya keluar rumah keluarganya di Taman Bukit Mewah, Tampoi, Johor Bahru dengan membawa dompet mengandungi kad pengenalan dan kad OKU pada 9 September lalu.

Katanya, susulan tidak dapat mengesan anak gadisnya itu, Azura yang tinggal di Tampoi, Johor Bahru dan berniaga di Pontian membuat laporan polis di Balai Polis Skudai, sehari selepas Nurul Najwa hilang.

“Alhamdulillah, anaknya saya ditemui selamat pagi Khamis lalu dan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan anaknya saya,” katanya kepada pemberita, di sini.

Terdahulu, pada 15 September lalu, Kosmo! melaporkan seorang peniaga merayu bantuan orang ramai bagi mengesan anak perempuannya yang menghilangkan diri.



Azura berkata, anak sulung daripada empat beradik itu dikatakan sering memberitahunya untuk keluar mencari kerja.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker