Gaji minimum RM1,700: Tambang pengangkutan awam tidak naik – Loke

Oleh – Syeikh Baran

Gaji minimum RM1,700: Tambang pengangkutan awam tidak naik - Loke

Kementerian Pengangkutan memberi jaminan tambang pengangkutan awam tidak akan dinaikkan biarpun berlaku peningkatan dalam kadar gaji minimum menjelang Februari depan.



Menterinya, Anthony Loke, berkata ia berikutan kadar upah semasa bagi kakitangan di sektor itu sudahpun melangkaui penetapan kadar gaji minimum RM1,700 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, jaminan itu turut mengambil kira sebarang permohonan peningkatan kadar tambang perkhidmatan terbabit perlu mendapat kelulusan kerajaan, sebelum sebarang penetapan baharu boleh diperkenal kepada umum.

“Rata-ratanya gaji di sektor penerbangan sudah melebihi RM1,700. Saya rasa ini tidak akan ada kesan besar sebab sektor ini banyak membabitkan kerja teknikal yang memerlukan tenaga mahir dan terlatih.

“Di sektor pengangkutan awam lain, saya rasa kadar upah pemandu pun sudah melebihi RM1,700. Tambahan kadar tambang bas dikawal oleh kerajaan dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati.



“Rata-rata upah pemandu hingga RM3,000 dan ke atas sebulan, jadi ia (penetapan gaji minimum baharu) tidak memberi kesan besar kepada sektor ini. Malah, syarikat juga sukar mencari pemandu jika mereka menawarkan gaji RM1,700,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Global Aviation’s Premier Air Services Negotiation Event dekat sini, hari ini.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker