‘Pintu misteri’ ditemui di Antartika
Oleh – Syeikh Baran
Satu ‘pintu misteri’ ditemui di Antartika, bahagian tenggara pos penyelidikan Stesen Showa yang dikendalikan oleh Jepun, lapor portal berita MailOnline semalam.
Pengguna-pengguna bermata tajam melihat ‘pintu’ itu yang kini menjadi topik teori konspirasi di internet.
Terdapat beberapa spekulasi bahawa ia adalah rumah percutian Bigfoot atau tempat pesawat angkasa lepas yang berulang-alik seperti dalam filem ‘Star Trek’.
Seorang pengguna platform Reddit yang melihat struktur itu memberikan komen: “Pintu besar di Antartika?”
Dia merujuk kepada nahas udara yang berlaku melibatkan sebuah pesawat Boeing pada Januari lalu.
Mengulas mengenai penemuan tersebut, Pakar Glasiologi di Universiti Newcastle, Profesor Bethan Davies berkata: “Ia adalah gunung ais yang menjadi tanah dan kini tersekat serta mencair di situ.” – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE