Suami isteri mengaku salah dera anak enam tahun
Suami isteri mengaku salah dera anak enam tahun
TAIPING: Mekanik dan isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan mendera anak mereka berusia enam tahun, minggu lalu.
Tertuduh, Abd Razak Harun, 48, yang juga bapa kandung kanak-kanak itu dan Syarifah Mat Yusof, 33, ibu tiri kepada mangsa, mengaku bersalah di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.
Biarpun dengan pengakuan salah itu, hukuman terhadap mekanik dan suri rumah itu belum dijatuhkan oleh hakim sementara menunggu laporan perubatan mangsa siap.
Mahkamah juga membenarkan Syarifah menjalani pemeriksaan psikiatri.
Berdasarkan kertas pertuduhan, suami isteri itu dituduh secara bersama mendedahkan anak mereka itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Permai Ladang Kalumpang, Bagan Serai antara Februari hingga 10 Oktober lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?
- Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan
- Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS?
Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Varpal Singh Sago.
Yan Ni tidak menawarkan jaminan kerana dibimbangi mangsa akan dikacau ganggu oleh tertuduh memandangkan mereka tinggal serumah.
Varpal memohon kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM5,000 seorang berikutan tertuduh bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan RM2,200 sebulan serta menanggung empat anak, di mana seorang anak iaitu mangsa yang juga anak bongsunya tinggal bersama dengan Syarifah.
Varpal turut berkata Syarifah selaku tertuduh kedua adalah penerima ubat bagi rawatan psikiatri secara bulanan di Hospital Parit Buntar kerana mengalami penyakit depresi atau kemurungan dan terdapat kemungkinan tertuduh melakukan kesalahan itu ketika tidak mengambil ubat.
Yan Ni kemudiannya bersetuju supaya pemeriksaan dilakukan terhadap rekod perubatan kesihatan mental Syarifah bagi mengesahkannya, sebelum mahkamah turut menetapkan tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Ipoh mengikut Seksyen 342(2) Kanun Tatacara Jenayah.
Hakim bagaimanapun tidak membenarkan Abd Razak selaku tertuduh pertama dijamin, selain menetapkan 14 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri ditahan polis susulan kes penderaan membabitkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Ladang Kalumpang, Bagan Serai pada 10 Oktober lalu.
Suami isteri mengaku salah dera anak enam tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu
- Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan
- GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.