Puteri Sarah Dalam Syukur Bangga Titip Pesan
“Kena Jadi Anak Yang Baik, Soleh Dan…,” – Anak Sulung Cemerlang Capai Semua Subjek ‘A’,
Puteri Sarah Dalam Syukur Bangga Titip Pesan
Pelakon Puteri Sarah bersyukur dan berbangga apabila anak sulungnya, Syaikul Islam sukses meraih keputusan cemerlang di dalam kesemua mata pelajaran yang diambil menerusi satu peperiksaan, baru-baru ini.
Syaikul berjaya mendapat ‘A’ dalam kesemua subjek termasuk markah penuh 100 di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
“Syaikhul’s report card day! Alhamdulillah syukur. I am a proud mama,” tulis Puteri sarah menerusi video yang sudah pun menerima lebih setuja tontonan itu.
“But overall you are very good. Good job. Okay you kena study hard, sekali dengan football pun bagus juga okay. Kena jadi anak yang baik, soleh dan dengar cakap mama,” pesannya.
Imbas kembali, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah popular, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah yang kini berusia lima tahun.
Puteri Sarah Dalam Syukur Bangga Titip Pesan
You must be logged in to post a comment.