Pendaki Gunung Tahan dihempap pokok meninggal dunia

Pendaki Gunung Tahan dihempap pokok meninggal dunia

Pendaki Gunung Tahan dihempap pokok meninggal dunia
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Zukri Muhammad. – Foto fail NSTP/ Amir Hamzah Nordin

JERANTUT: Pendaki Gunung Tahan yang pengsan dan cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika sedang tidur di kawasan berkenaan tengah malam semalam, meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Zukri Muhammad berkata beliau mendapat laporan pendaki wanita itu disahkan meninggal oleh pegawai perubatan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) sejurus mendarat di Pengkalan TUDM, Kuantan kira-kira jam 8 malam tadi.

Katanya, Wan Nurulhuda Mior Abdullah, 49, mengalami kecederaan di pinggul dan tidak sedarkan selepas dihempap pokok ketika tidur di Kem Seputih, berhampiran Gunung Rajah Kuala Tahan.



“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HT) Kuantan untuk menjalani proses bedah siasat,” katanya keytika dihubungi sebentar tadi.

Zukri berkata pendaki wanita berkenaan menyertai pendakian bersama 10 peserta dengan bantuan Malim Gunung, Mainol Azian.

Katanya, operasi membawa keluar Wan Nurulhuda terpaksa menggunakan bantuan helikopter TUDM berikutan kedudukannya yang sukar dilalui dan mengambil masa lama untuk sampai menerusi jalan darat.

 



Pendaki Gunung Tahan dihempap pokok meninggal dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker