Kolo Muani pemusnah Belgium

Kolo Muani pemusnah Belgium

Kolo Muani pemusnah Belgium
DESCHAMPS memeluk Kolo Muani ketika pemain itu digantikan ketika menentang Belgium. FOTO AFP

Brussels: Jurulatih Perancis Didier Deschamps memuji Randal Kolo Muani selepas dua jaringan penyerang itu membolehkan pasukannya menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi Kumpulan 2 Liga Negara Negara, awal pagi tadi.

Kolo Muani menjaringkan penalti dan menerusi tandukan pada babak kedua ketika Perancis cekal bertahan menahan asakan tuan rumah serta menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas kad kuning kedua diterima kapten mereka, Aurelien Tchouameni.

Kolo Muani jarang diturunkan dalam barisan kesebelasan Paris Saint-Germain musim ini tetapi sudah pun mengumpul empat gol bersama Perancis.



“Dia menarik dan menyerlah,” kata Deschamps kepada TF1. “Dia yakin dan setiap kali lariannya bersama bola mengundang kegusaran lawan. Dia penanduk bola yang baik dan bersama kami, dia selalu berjaya.”

Belgium mendominasi babak awal perlawanan dan berpeluang di depan tetapi Youri Tielemans gagal menjaringkan penalti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?




“Kami goyah pada tempoh 20 ke 25 minit pertama apabila Belgium mengasak kami manakala kami pula membuat banyak kesilapan teknikal,” tambah Deschamps.

“Selepas kami dapat mencari penyelesaian, kami semakin baik. Pemain akui kesilapan dan kami perlu bertenang. Kami perlu menyerang dan menekan mereka.

“Sudah tentu mereka juga memiliki peluang, begitu juga kami pada babak kedua. Kami gembira menang terutamanya dengan 10 pemain.”

Perancis beraksi tanpa bintang mereka Kylian Mbappe yang memilih tidak mahu menyertai pasukan dan menampilkan beberapa pemain kurang pengalaman yang menjadikan kemenangan itu sangat berharga buat Deschamps.



“Ia pasukan muda dan kurang pengalaman,” katanya. “Namun mereka tetap bersemangat tinggi dan sangat bagus menang perlawanan seperti ini.”

Itali muncul pendahulu kumpulan dengan 10 mata daripada empat perlawanan di depan Perancis yang mengumpul sembilan mata manakala Belgium empat. Dua pasukan teratas layak ke suku akhir yang akan berlangsung pada Mac tahun depan.

Kolo Muani pemusnah Belgium

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker