Budak perempuan cacat penglihatan akibat serpihan letupan bateri vape

Budak perempuan cacat penglihatan akibat serpihan letupan bateri vape

Budak perempuan cacat penglihatan akibat serpihan letupan bateri vape
RUBY Grainger. FOTO GoFundMe

Dublin: Seorang kanak-kanak perempuan, baru-baru ini, cacat penglihatan selepas satu matanya terkena serpihan letupan bateri vape digunakan individu lain.

Ibunya Ciara, 32, memberitahu Irish Mirror, anaknya Ruby Grainger,7, baru sahaja membeli ais krim dari sebuah van yang diletakkan berhampiran rumahnya di pinggir bandar Tallaght, di sini, ketika kejadian itu.

“Dia sedang berjalan ke arah van dan apabila dia pulang, sesuatu meletup di mukanya apabila bateri vape dihisap remaja di kawasan itu meletup.



“Apa yang saya dengar hanya jeritan dia. Apabila sampai ke rumah, saya terkejut tengok mukanya berdarah,” katanya.

Ciara berkata, Ruby dikejarkan ke Hospital Tallaght dengan ambulans dan pada malam sama, dia dipindahkan ke Hospital Mata dan Telinga Diraja Victoria.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.




“Doktor terpaksa membuang matanya dalam satu pembedahan kecemasan pada 5 Oktober.

“Doktor beritahu ini kes pertama membabitkan kerosakan jenis ini akibat kebakaran.

“Doktor percaya kerosakan itu berpunca daripada asid bateri kerana matanya rosak teruk,” katanya.

Sebagai itu, katanya dia kecewa anaknya yang masih kecil kehilangan penglihatan akibat kecuaian individu lain.



“Seorang keluarga kami membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan dan menemukan beberapa vape, hangus.

“Dia masih kecil. Kalau saya boleh berikan kepunyaan saya, saya akan berikan segala-galanya kepada dia,” katanya.

Kempen mengumpul dana dilancarkan bagi pemasangan mata palsu kanak-kanak itu.

Doktor berharap mata Ruby sembuh sepenuhnya dalam tempoh enam minggu supaya boleh menjalani pembedahan selanjutnya.



Budak perempuan cacat penglihatan akibat serpihan letupan bateri vape

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker