Penjenayah miliki 23 rekod jenayah antara lima ditahan edar dadah

Oleh – Syeikh Baran

Penjenayah miliki 23 rekod jenayah antara lima ditahan edar dadah

Seorang penjenayah tegar yang mempunyai 23 rekod jenayah lampau antara lima lelaki yang ditahan bersama 21.87 kilogram (kg) dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Chui Chak, Langkap, Khamis lalu.



Tangkapan terhadap suspek berusia 30 hingga 47 tahun itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada pukul 8 malam.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pemeriksaan di dalam rumah yang disewa suspek itu menemukan empat peket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin dan methamphetamine masing-masing seberat 4.21 gram dan 3.12 gram.

Katanya, turut ditemukan di dalam rumah tersebut ialah 13 bungkusan plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 21,863 gram.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggarkan berjumlah RM787,527.35.



“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan sitaan dua buah kereta dan sebuah motosikal dengan nilai rampasan berjumlah RM26,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

Katanya, suspek utama berusia 47 tahun memiliki 23 rekod kesalahan lampau di mana 18 daripadanya adalah bersabit kes dadah.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker