Koeman bengang Van Dijk dibuang padang

Koeman bengang Van Dijk dibuang padang

Koeman bengang Van Dijk dibuang padang
VAN Dijk diarah meninggalkan padang oleh pengadil perlawanan, Lukas Faehndrich. FOTO AFP

Budapest: Jurulatih Belanda, Ronald Koeman tidak akan memanggil pengganti Virgil van Dijk yang perlu memenuhi hukuman penggantungan menjelang perlawanan penting ke Jerman, Selasa ini.

Namun beliau keliru dengan tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada pemain pertahanannya itu ketika seri 1-1 pada saingan Liga Negara-Negara menentang Hungary, awal pagi tadi.

Van Dijk menerima dua kad kuning dalam tempoh tiga minit pada penghujung babak kedua, yang pertama kerana membantah, dan kali kedua kerana kekasaran yang sememangnya layak menerima kad kuning.



Kad pertama itulah yang membuat Koeman berang kerana Van Dijk membantah selepas Donyell Malen dijatuhkan semasa sedang mara ke arah gawang gol, ketika Belanda ketinggalan 0-1.

“Ketika itu memang mengecewakan. Saya tidak faham. Kami rasa seorang kapten boleh membantah kepada pengadil.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…




“Kekasaran terhadap Malen itu sepatutnya layak menerima kad merah. Tetapi Virgil kemudiannya menerima kad kedua dan ia merugikan. Dia sendiri sedar mengenainya,” kata Koeman kepada NOS.

mengesahkan beliau tidak akan mencari pengganti dalam skuadnya untuk kunjungan ke Jerman, yang kini mengetuai Kumpulan A3 Liga Negara-Negara dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan, lebih dua mata berbanding Belanda.

Ia menjadikan perlawanan itu amat penting, di mana Belanda berpeluang melonjak ke puncak kumpulan atau ketinggalan lima mata ketika berbaki dua perlawanan.



Koeman berasa agak puas selepas keputusan seri di Budapest, di mana pasukannya ketinggalan menerusi gol separuh masa pertama Roland Sallai, tetapi menyamakan kedudukan lewat permainan menerusi Denzel Dumfries, gol yang dijaringkan selepas Van Dijk dilayangkan kad merah.

“Kami tidak menyerah, kami bermain secara satu lawan satu dan berjaya menyamakan kedudukan. Kemudian mereka (Hungary) mencipta beberapa gerakan berbahaya, tetapi kami bertahan dengan baik,” kata Koeman.

Koeman bengang Van Dijk dibuang padang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker