Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
Perintah “Adenddum” terhadap Najib boleh menjerut kerajaan.
Ia atau tidak? Kerajaan tidak boleh membisu selamanya berkenaan “Adenddum”.
Semalam, seorang dari Peguam pasukan pembela Datuk Seri Najib Razak telah menegur kerajaan berkenaan dokumen tersebar berkenaan perintah tahanan dalam rumah terrhadap DSNR.
Peguam Mohamad Farhan Muhamad Shafee mahu kerajaan sahkan dokumen “Titah tahanan rumah” yang sedang tular di media sosial.
Dalam hal sama kerajaan boleh juga nafikan, namun apa apa jawapan kerajaan ia tetap terikat kepada kebenaran jika satu hari nanti terdedah.
DSNR juga pernah membawa hal yang sama ke mahkamah namun ia ditolak begitu sahaja.
Untuk pembaca , beberapa hari lalu telah tular satu dokumen dengan jelas tandatangan dari pihak istana berkenaan konon nya dokumen titah tahanan rumah terhadap DSNR.
Saranan Farhan seharusnya di jawap oleh kerajaan supaya tidak terjadi nanti jika kebenaran muncul maka ada pihak yang boleh membuat dakwaan tertentu terhadap sesiapa yang terkait menyembunyikan nya.
Ada keMungkinan juga jika bertukar pemerintah dan pemerintah baru boleh jadikan hal ini sebagai satu kes “engkar” jika benar wujud dokumen titah di Raja.
Sebelum ini Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi pernah membuat affidavit ke mahkamah mendakwa melihat dokumen itu.
Ia turut disahkan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.
Mahkamah telah membicara kes Adenddum dan telah membuat keputusan namun sehingga kini belum ada apa apa perakuan dari pihak kerajaan.
Ramai kalangan penyokong Najib menganggap ini satu bentuk kezaliman dan ketidakadilan.
Apa yang penting untuk dimaklumkan adalah isu ini bakal menjerut “government of the day” jika selepas PRU16 kerajaan lain pula yang naik mengganti dan mahu kebenaran tentang isu “Titah tahanan rumah” ini buka.