Salina Saibi minta Fazura berdiam diri

‘Woi, diamlah’

Salina Saibi minta Fazura berdiam diri

Salina Saibi minta Fazura berdiam diri
Salina Sabini (kanan) yang rapat dengan Fattah meminta bekas isterinya, Fazura berhenti memburuk-burukan lelaki tersebut.

PETALING JAYA – Komen pelakon Salina Saibi terhadap pendedahan Nur Fazura melibatkan perceraian dengan bekas suami, Fattah Amin mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dalam komen tersebut, Salina, 42, meminta supaya aktres terbabit berhenti membuat perkongsian dan berdiam diri.

“Woi dah la tu (itu). Diamlah,” katanya dalam satu perkongsian dalam Instagram.



Komen tersebut lantas mendapat sokongan daripada peminat yang rata-rata bersetuju dan meminta Fazura berhenti mengeluarkan kenyataan yang memburukkan Fattah.

“Setuju. Diam saja ungkit semua memang tidak guna.

“Apa yang diminta Allah telah kabulkan. Jadi tidak perlu mengungkit nanti hati sendiri yang sakit Fazura.

“Betullah, sudah bercerai jadi tidak perlu lagi ungkit, tidak perlu diperbesarkan. Sebaiknya selesaikan sendiri antara kalian berdua,” antara komen netizen.



Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Sole, semalam.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan aktres berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. – KOSMO! ONLINE

Salina Saibi minta Fazura berdiam diri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker