Jho Low merupakan seorang petualang dan dalang di sebalik skandal 1MDB.

Jho Low merupakan seorang petualang dan dalang di sebalik skandal 1MDB.

Kita musykil yang masuk penjara adalah Najib, sedangkan Jho Low masih bebas dan tidak dapat dikesan oleh INTERPOL hingga kini.

Nama Najib di Malaysia cukup “tip top” kerana dikaitkan terbabit dengan skandal itu.



Lebih-lebih lagi nama Najib semakin terkenal apabila dicanang keburukannya oleh Mahathir dan Mahiaddin sejak tahun 2017 hingga menjelang PRU14.

Isu 1MDB disifatkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai “kes kleptokrasi terbesar” setakat ini.
Sepatutnya nama Jho Low sahaja dikaitkan dengan skandal itu, bukan membabitkan nama Najib.

Malangnya nama Najib dieksploitasi oleh Mahathir dan Mahiaddin untuk menjatuhkan reputasi mantan Perdana Menteri ke 6 itu.

Sebagai penyokong Najib, kita amat sedih.

Kes ini akhirnya menyaksikan mantan Perdana Menteri ke 6 itu disabitkan bersalah dan dipenjarakan, manakala Jho Low masih bebas dan bersembunyi tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa.



Ternyata Jho Low seorang ahli perniagaan yang menjadi tumpuan utama skandal 1MDB.
Peranan Jho Low menarik perhatian.

Sebagai pengkaji politik, kita memperolehi pengajaran mengenai pentingnya perlu ada hubungan politik ketika cuba mengambil alih DRB-Hicom pada hujung 90an.

Kita berpendapat demikian kerana merujuk buku “The Siege Within” yang ditulis oleh Leslie Lopez.
Jho Low didedahkan cuba mengambil alih syarikat gergasi automotif tersebut selepas pengasasnya, Yahaya Ahmad, meninggal dunia pada 1997.

Sebelum meninggal dunia, Yahaya berusaha memastikan kawalan kepentingan dalam syarikat tersebut akan diserahkan kepada amanah keluarga jika dia meninggal dunia.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir “phobia” bila dengar nama UMNO


Bagaimanapun, pada Mac 2004, amanah keluarga tersebut gagal membayar balik pinjaman kepada beberapa bank.

Kenyataan di atas dirujuk kepada tulisan Leslie Lopez.



Namun, institusi kewangan tersebut tidak boleh sewenang-wenangnya menjual kepentingan itu kepada pembida tertinggi.

Menerusi persaingan korporat untuk konglomerat itu, hal ini menunjukan pengaruh Jho Low.

Tokoh korporat ini didakwa ingin mendapatkan pelabur berpotensi dari Abu Dhabi dan Arab Saudi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.

 


Salah satu Syarikat Jho Low iaitu Wynton Capital ingin merebut pelbagai keuntungan semasa.



Syarikat milik Jho Low itu merupakan pemegang saham kemudiannya didakwa mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri.

Bidaan Jho Low mendapat perhatian pasukan penasihat Perdana Menteri pada ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi.

Leslie Lopez berkata, kumpulan Jho Low itu sedang berusaha menjalin hubungan lebih rapat dengan Najib, ketika itu Timbalan Perdana menteri.

Kumpulan Jho Low dikatakan mendapat galakkan daripada penasihat Abdullah untuk bekerjasama dengan seorang ahli perniagaan yang terkemuka dalam industri automotif.

Segala yang berlaku kelihatan seperti dirancang oleh Jho Low sehingga 3 Disember 2004.

Ketika ini seorang pembantu Abdullah memberitahu media bahawa kerajaan mahu memberikan kepentingan dalam DRB-Hicom kepada kumpulan yang diketuai oleh ahli perniagaan tersebut.

Perkara ini menyebabkan Abdullah tiba-tiba berubah fikiran dan mengumumkan bahawa taikun Syed Mokhtar Albukhary akan diberikan kepentingan 15.8% dalam DRB-Hicom Berhad.

Jho Low yang bekerja di belakang tabir, tidak menerima realiti dan hakikat itu dengan baik.

Peristiwa ini menjadi pengajaran penting bagi Jho Low dalam merangka perancangannya untuk kembali semula.
Di negara di mana hubungan politik adalah penting, kegagalan Jho Low terbukti membawa padah.

Namun kita sedih kerana yang terpalit dengan pendakwaan di mahkamah ialah Najib, sedangkan Jho Low bebas.
Siapakah perancang konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politik Najib?

Jawapannya ialah “barua” yang Anwar sedang “target” sekarang, namun sejauh mana “barua” itu akhirnya ke penjara?

Karya – Zakariya Mohamad.

 

Jho Low merupakan seorang petualang dan dalang di sebalik skandal 1MDB.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker