Bam ucap selamat tinggal kepada beberapa pemain

Bam ucap selamat tinggal kepada beberapa pemain

Bam ucap selamat tinggal kepada beberapa pemain
Barisan pemain yang kekal bersama BAM. Foto Facebook BAM.

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merakamkan penghargaan kepada beberapa pemain yang akan meninggalkan skuad kebangsaan dan mengiktiraf dedikasi serta sumbangan mereka kepada negara.

BAM menerusi laman Facebook rasminya mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain terbabit.

Mereka termasuk Chua Kim Sheng, Ong Zhen Yi, Kok Jing Hong, Jan Jireh Lee Zhi Ming (perseorangan lelaki), Siti Nurshuhaini Azman, Ung Yi Xing (perseorangan wanita), Rayner Beh Chun Meng, Choi Jian Sheng (beregu lelaki), Anna Cheong Ching Yik, Low Yeen Yuan (beregu wanita) dan Jeremy Juan Zhen Liang, Poopathi Velayutham dan Lai Ting Cen (beregu campuran).



Sementara itu, BAM turut mengumumkan 34 ahli pasukan senior kebangsaan bagi 2025 selepas proses pemilihan membabitkan perbincangan antara Pengurusan BAM dan barisan kejurulatihan diketuai Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky.

Antaranya Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao (perseorangan lelaki), Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.




Sementara bagi skuad beregu wanita, Pearly Tan dan M Thinaah dikekalkan namun pemain lain akan ditentukan kemudian selepas penilaian oleh ketua jurulatih baharu sektor itu.

“Matlamatnya adalah untuk membina skuad yang kuat dan berdaya saing bagi tahun depan,” menurut perkongsian itu.

Bam ucap selamat tinggal kepada beberapa pemain

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker