Bukti dokumen Kementerian Kewangan Arab Saudi menyakinkan Najib akan ‘Derma Saudi’

Bukti dokumen yang berwibawa menunjukkan wang yang masuk ke akaun bank Najib Razak adalah daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi, kata peguam kepada bekas perdana menteri itu, Tania Scivetti.

Scivetti berkata demikian dalam hujahnnya ketika perbicaraan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram terhadap Najib melibatkan RM2.27 bilion dana 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Dia berkata pemindahan wang hampir AS$80 juta (bersamaan RM243 juta mengikut pertukaran ketika itu) mengukuhkan keyakinan Najib bahawa wang tersebut bukan diselewengkan daripada 1MDB.

Katanya, pemindahan wang itu berlaku sebaik selepas pertemuan Najib dengan bekas raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah pada 2010, yang berjanji untuk memberi sumbangan kepadanya.

“Keyakinan Najib bukan tanpa asas. Walaupun wang yang masuk dalam akaun 694 bukan datang secara langsung daripada Raja Abdullah, dia menerima wang berjumlah AS$79,999,976 (RM243,699,926.32) daripada Kementerian Kewangan, Riyadh.

“Tiada bukti berwibawa yang wang dari Kementerian Kewangan, Riyadh ini adalah dana haram dari 1MDB, dan malah untuk mengatakan dana itu haram adalah sesuatu yang mengarut.

“Bukti dokumen adalah jelas, dana yang banyak dihantar dari Kementerian Kewangan, Riyadh,” katanya lagi.

Dia berhujah yang bekas perdana menteri itu tidak bersalah kerana dia tidak tahu tentang kesalahan yang terjadi di 1MDB, dan sebarang kesalahan didalangi oleh ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, dan anggota pengurusan 1MDB.

Scivetti juga berkata keyakinan Najib bahawa dana itu adalah derma dari Arab Saudi dikukuhkan lagi apabila akaunnya di AmBank turut menerima sejumlah AS$99,999,919 (bersamaan RM311,122,245.94 mengikut pertukaran ketika itu) daripada cucu Abdullah, iaitu Putera Faisal.

Dia juga berkata pihak pendakwaan tidak mengemukakan bukti yang menunjukkan wang yang diterima Najib daripada putera Arab Saudi itu ada kaitan dengan 1MDB.

“Mengambil kira dana yang besar yang diterima daripada sumber berwibawa seperti Kementerian Kewangan, Riyadh dan Putera Faisal, jelas bahawa Najib tiada sebab untuk merasakan dana dalam akaun 694 miliknya adalah hasil daripada sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang.

“Tak dapat dibayangkan yang Najib ada walau sedikit rasa curiga yang dana yang datang dari pihak ternama di Arab Saudi adalah haram,” katanya lagi.

Perbicaraan di depan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok, dengan timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib dijangka memberi hujah agar Najib diarahkan membela diri bagi 25 pertuduhan jenayah terhadapnya.

25 pertuduhan terhadap Najib

Najib dibicarakan atas 25 pertuduhan, termasuk penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.27 bilion.

Bagi empat pertuduhan salah guna kuasa, bekas ahli parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di cawangan AmIslamic Bank Bhd di Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.

ADS

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan di bank yang sama antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013.

Dia pertama kali didakwa pada 20 September 2018, dan perbicaraan terhadapnya bermula pada 28 Ogos 2019.

Pihak pendakwaan menutup kes mereka pada 30 Mei tahun ini.

Prosiding kini berada di peringkat hujahan lisan, yang hanya melibatkan pasukan undang-undang membuat kesimpulan berdasarkan bukti lisan dan berdokumen untuk sama ada mengaitkan atau melepaskan Najib.

Sebanyak 50 saksi telah memberi keterangan bagi pihak pendakwaan, antaranya ialah bekas peguam 1MDB Jasmine Loo, dua bekas CEO 1MDB  Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abd Rahman, bekas pengerusi 1MDB Mohd Bakke Salleh dan bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?

Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker