Surat permohonan maaf Sanusi sudah disembah maklum Sultan Selangor
Surat permohonan maaf Sanusi sudah disembah maklum Sultan Selangor
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah disembah maklum dengan surat permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Pejabat Sultan Selangor menyatakan surat bertarikh 25 September 2024 itu antaranya memuatkan permohonan ampun di atas kenyataan Sanusi seperti yang dipertuduhkan terhadap beliau di mahkamah, yang dianggap menghina dan tidak menghormati Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
“Beliau turut mengakui bahawa kenyataan beliau itu telah menimbulkan rasa tidak selesa dan telah mengguris hati dan perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan beliau benar-benar kesal atas segala kesan negatif yang telah timbul daripada kenyataan itu,” menurut hantaran di laman sosial Pejabat Sultan Selangor, hari ini.
Turut disertakan salinan surat permohonan maaf Sanusi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapalah Yang Tergamak Buat Mahathir Marah
- DS Najib Hairan Kenapa Lembaga Pengarah SRC Tidak Pernah Dapatkan Pengesahan Beliau
- PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai [VIDEO]
Gelagat Peminat Malaysia Teruja Jumpa Siti Nurhaliza Di Arab Saudi [VIDEO]
Zaquan Adha Bengang Ibunya Sakit Dikaitkan Dengan Rita Rudaini
Fattah Amin Kongsikan Momen Manis Bersama Nur Fatima Aisya Sebelum Sebutan Perceraian