Selepas Perlis Haramkan GISBH, Apa Pula Fatwa Untuk SIS

Selepas Perlis Haramkan GISBH, Apa Pula Fatwa Untuk SIS

Selepas Perlis Haramkan GISBH, Apa Pula Fatwa Untuk SIS

Perlis adalah negeri yang pertama mengeluarkan fatwa kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Dalam artikata lain, Perlis telah mengisytiharkan organisasi berkenaan sebagai kumpulan ajaran sesat.



Mufti Perlis, Dr MAZA berkata, fatwa dikeluarkan selepas menerima bukti meyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan memutuskan bahawa organisasi berkenaan sesat.

“Unsur ajaran batiniah itu adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang difatwakan sesat.”

“Setelah jawatankuasa berbincang, diputuskan kumpulan GISBH yang mengkultuskan pemimpin mereka, yang mereka percaya sehingga melampaui batasan.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?




“Ke tahap seakan menyamakan kedudukan pemimpin atau tokoh agama setaraf Nabi SAW.”

“Atau mempunyai keajaiban atau mengetahui perkara yang ghaib seakan Tuhan, adalah fahaman yang bersifat batiniyyah, menyeleweng dan sesat.”

“Kesan dan akibat pengkultusan itu melahirkan ketaksuban melampau sehingga mentaati pemimpin atau golongan agama.”



“Ini sekali gus jelas bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah,” jelas beliau.

Tahniah kita ucapkan kepada Dr MAZA atas ketegasan beliau dalam isu GISBH.

Cuma yang menjadi persoalan sekarang adalah, apa pula pendirian beliau mengenai Sisters In Islam (SIS)?

Dalam Majlis Pidato Perdana di Masjid Wilayah Persekutuan pada tahun 2018, Dr MAZA pernah menyatakan beliau tidak setuju sekiranya SIS diharamkan.



Alasan beliau adalah, SIS yang telah berjaya membela wanita dengan baik.

“Gerakan Islam perlu berfikir secara meluas, tidak boleh jumud.”

“Besok, mungkin kumpulan lain pula terkena.”

“Ianya perlukan satu pengadilan yang adil.”



“Saya tidak bersetuju dengan desakan haram mengharam ini,” jelas Dr MAZA.

Untuk rekod, Majlis Pidato Perdana tersebut turut dihadiri oleh Dr Mahathir, ayah kepada Marina Mahathir yang merupakan salah seorang anggota kanan SIS.

Pendirian Dr MAZA sekiranya kekal hingga sekarang, adalah jelas bertentangan dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan Negeri Sembilan.

Asas kepada pengharaman SIS kerana mereka berfahaman Islam Liberal.



Malah, ianya bertentangan dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mungkin Dr MAZA boleh berikan penjelasan mengenainya.

 

Selepas Perlis Haramkan GISBH, Apa Pula Fatwa Untuk SIS

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tayang gambar Presiden Pas pada slaid khutbah Jumaat, empat pegawai JAIM ditukar, dipecat

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker