Pengorbanan berbaloi, Rita terima Anugerah Ibu Ikon

Pengorbanan berbaloi, Rita terima Anugerah Ibu Ikon

Pengorbanan berbaloi, Rita terima Anugerah Ibu Ikon
Rita terima pengiktirafan Ibu Ikon, Anugerah Wanita Ikon 2024/2025 yang diserahkan oleh Noraini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), semalam. – Foto IG Rita Rudaini

KUALA LUMPUR: Pengorbanan pelakon Rita Rudaini membesarkan anak-anak seorang diri terbayar apabila namanya diumumkan sebagai penerima Ibu Ikon, Anugerah Wanita Ikon 2024/2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini, semalam.

Acara penyerahan anugerah itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram, Rita meluahkan rasa teruja dengan pengiktirafan diberikan itu.



“Terima kasih Ikon Malaysia @kelabwanitaikon untuk Anugerah Ibu Ikon sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

“Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana. Kita semua wanita kuat. Kita semua adalah ikon,” tulisnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?




Turut mencemar duli ke majlis berkenaan adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Pengorbanan berbaloi, Rita terima Anugerah Ibu Ikon
Rita menyifatkan Anugerah Ibu Ikon mampu memberi inspirasi kepada wanita senasib berdepan cabaran dalam mengharungi kehidupan. – Foto IG Rita Rudaini

Anugerah itu diperkenalkan bagi memartabatkan wanita dalam pencapaian mereka merangkumi kerjaya, keluarga dan masyarakat.

Melalui hantaran berlainan, calon Top 20 kategori Aktres Pembantu TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 menyifatkan anugerah itu mampu memberi inspirasi kepada wanita senasib berdepan cabaran dalam mengharungi kehidupan.

“Tidak mudah. Walaupun ada antara kita berlainan latar belakang, tapi ujian dan rasa tetap sama.



“Tapi, percayalah di setiap semua itu bukanlah kesusahan, tapi itulah ujian untuk yang terpilih. Percayalah di sebalik ujian ada hadiah manis yang Allah berikan iaitu anak.

“Jagalah, sayangilah dan didiklah mereka kerana Allah,” ungkap Rita lagi.

Terdahulu, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 dan bercerai pada September 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.



Pengorbanan berbaloi, Rita terima Anugerah Ibu Ikon

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tayang gambar Presiden Pas pada slaid khutbah Jumaat, empat pegawai JAIM ditukar, dipecat

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker