Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia

Pemanah berkuda, Abdurrahman Ahmad Muaz dan adiknya, Heba Nusaybah berjaya merangkul gelaran juara dan naib juara dalam kejohanan European Kids Horseback Archery Championship 2024 di Perancis.

Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia

Abdurrahman Ahmad Muaz, 14, dan adiknya, Heba Nusaybah, 11, berjaya mengharumkan nama negara dengan aksi cemerlang dalam kejohanan European Kids Horseback Archery Championship 2024, Ogos lalu.

PETALING JAYA: Walaupun tanpa barisan pengurusan profesional, dua beradik pemanah berkuda cilik masih mampu mengharumkan nama negara dengan mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan European Kids Horseback Archery Championship 2024 yang berlangsung di Perancis Ogos lalu.

Abdurrahman Ahmad Muaz, 14, dan adiknya, Heba Nusaybah, 11, masing-masing berjaya merangkul gelaran juara dan naib juara dalam kejohanan disertai lebih 110 pesaing dari 16 negara itu antaranya Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland dan England.

Menurut ibu mereka, Nurul Fathim Ridayu Ramli, 39, penyertaan kedua-dua anaknya ke pentas antarabangsa itu dibiayai sendiri hanya dengan hasil jualan kuih raya.

Katanya, anaknya mula menabung menjual kuih raya hingga berjaya mengumpul kira-kira RM25,000 sebaik mendapat tahu mengenai kejohanan itu awal tahun ini.

Mereka betul-betul nak pergi (pertandingan) itu. Disebabkan kos mahal, saya, datuk dan nenek mereka berusaha mengumpulnya. Selebihnya mereka perlu berusaha sendiri dengan menjual kuih raya dan berniaga, kata ibu kepada enam anak itu.

Mengenai cabaran pula, Nurul Fathim tidak menafikan mereka perlu mengorbankan banyak masa, tenaga dan wang sebelum dapat melihat dua beradik itu mengharumkan nama Malaysia dalam sukan memanah berkuda.

“Tempat latihan mereka agak jauh di Batang Kali dan kami tinggal di Gombak. Dalam tempoh dua minggu saya berulang alik untuk menghantar mereka berlatih.

Adik beradik mereka yang lain juga terpaksa ditinggalkan demi kejohanan di Perancis. Namun, saya bersyukur suami begitu memahami dan memberi sokongan, katanya ketika dihubungi FMT.

Selain terharu melihat sokongan warganet terhadap kejayaan dua anaknya, Fathim juga berharap ia boleh menyuntik semangat kepada orang ramai bagi sukan memanah berkuda.

Saya berharap sukan ini semakin berkembang di Malaysia dan bukan menjadi sekadar aktiviti masa lapang tetapi dapat diangkat ke peringkat tinggi dalam acara sukan seperti Sukan Malaysia (Sukma), Sukan Komanwel dan Olimpik, katanya. FMT

Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker