Bapa calon BN PRK Mahkota meninggal dunia
Bapa calon BN PRK Mahkota meninggal dunia
Calon Barisan Nasional BN bagi PRK DUN Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah kehilangan bapanya, Syed Abdullah Syed Abdul Hamid yang meninggal dunia semalam.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook Umno Johor Official, malam tadi.
“Dukacita dimaklumkan ayahanda kepada Syed Hussien telah diberitakan pergi meninggalkan kita semua. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ayahanda beliau. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah buat saudara Syed Hussien sekeluarga, semoga tabah dan cekal menghadapi dugaan Allah SWT,” menurut hantaran itu.
Pada Ahad lepas, media melaporkan Syed Abdullah, 67, menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Syed Hussien, 40, yang merupakan ketua Pemuda Umno Kluang diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota yang diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept. Mk
Bapa calon BN PRK Mahkota meninggal dunia
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)
You must be logged in to post a comment.