Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda

Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda

SELEPAS mencuri perhatian dengan aktif berniaga, bekas isteri pengarah, Syamsul Yusof, Ira Kazar menjadi bualan ramai apabila beraksi persis model profesional dalam sebuah sesi penggambaran yang dikongsinya semalam.

Menerusi video-video yang dimuat naik, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, anggun disolek sebelum memberikan ‘pose’ menarik di hadapan kamera.



Antara baju yang digayakan ialah sut rona merah yang menaikkan lagi seri wajahnya.

Ira bagaimanapun tidak berkongsi lanjut memgenai sesi penggambaran tersebut.

Video itu turut tular dalam media sosial dan meraih pujian netizen selain menyifatkan Ira sebagai wanita yang tenang menghadapi dugaan hidup khusunya berkaitan kisah perceraiannya baru-baru ini.



Tenang betul Ira hadap kisah cerai. Masih ‘zip’ mulut tak canang cerita hal peribadi kepada umum.

“Sebelum bersolek memang sudahh cantik tetapi hasil selepas mengenakan solekan memang ‘wow’!

Cantiknya Ira, seperti perempuan Turki,” puji netizen.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik dilakukan Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.



Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. HG

Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)



Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker