Kes dakwaan pemerdagangan manusia babit Dr Mashitah dirujuk kepada AGC – KPN
Kes dakwaan pemerdagangan manusia babit Dr Mashitah dirujuk kepada AGC – KPN
Polis akan merujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam siasatan terhadap bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami yang didakwa mempunyai kaitan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata polis setakat ini sudah melengkapkan siasatan termasuk mengambil keterangan daripada beberapa individu yang dicari dalam siasatan kes itu.
“Sebanyak 11 keterangan diambil oleh polis termasuk seorang individu bergelar Datuk Seri dan kita akan rujuk kepada AGC untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.
Beliau turut mengesahkan, hasil siasatan polis juga mendapati tiada kaitan Mashitah dan suami dalam dakwaan berkenaan.
Pada 28 Ogos lalu, media melaporkan seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri didakwa terbabit dengan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar sejak awal 2020.
Sebelum itu, tular sebuah video pembongkaran sindiket di Myanmar itu menerusi YouTube yang diterbitkan di Indonesia dengan memaparkan rakyat negara itu turut menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
Berikutan itu, Mashitah membuat laporan polis berkaitan tuduhan berkenaan selain tampil memberi keterangan di Bukit Aman.
Sabtu lalu, polis turut mengesahkan, tidak menemui bukti yang boleh mengaitkan Mashitah dan suami malah berdasar semakan polis mendapati, tiada pelaburan dibuat beberapa individu termasuk Mashitah di luar negara yang didakwa ada kaitan dengan sindiket itu. BH
Kes dakwaan pemerdagangan manusia babit Dr Mashitah dirujuk kepada AGC – KPN
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)
Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week