Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya

Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai ‘Puan Mira’ menafikan dirinya adalah wanita yang terbabit dalam kes yang berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping, Perak baru-baru ini.

Dalam rakaman video berdurasi 15 saat yang dikongsi Puan Mira di akaun TikTok miliknya itu berkata, beliau adalah Puan Mira yang menjual beg, bukannya Puan Mira kantin (kontraktor Dewan Makan MRSM Taiping).



“Guys (kalian semua), apa kecoh-kecoh kat TikTok saya? Saya terkejut sangat tau (tahu). Ya Allah, orang mencari Puan Mira kantin.

“Saya bukan Puan Mira kantin. Saya Puan Mira jual beg saja,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan lawatan mengejut ke MRSM Taiping selepas menerima laporan pelajar keracunan makanan.

Ketika melakukan lawatan, Asyraf Wajdi ada menghubungi kontraktor dewan makan MRSM terbabit untuk mendapatkan penjelasan.



Bagaimanapun, menerusi video yang dikongsikan menerusi TikTok @drasyrafwajdi, wanita terbabit yang dikenali sebagai ‘Puan Mira’ enggan memberi kerjasama dan mengemukakan pelbagai alasan tidak munasabah.

Apabila Asyraf Wajdi bertanya mengapa tidak menyediakan ikan tenggiri seperti tertulis pada menu dan digantikan dengan ikan goreng, wanita terbabit dengan kurang sopan meminta beliau untuk menyemak harga ikan tenggiri itu di pasaran.

“Lebih baik Dr check (periksa) dahulu harga market (pasaran) sekarang dengan harga yang dibayar kepada kontraktor.

“Saya memang berbesar hati untuk menerima surat-surat complaint (aduan) daripada Mara ini. Serius saya cakap,” kata Puan Mira.



Difahamkan wanita terbabit ketika itu berada di Sarawak, namun mendapat tender untuk menguruskan dewan makan MRSM berkenaan. HM

Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati



Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker