Sabronzo Dolla bercinta dengan ahli politik?

Sabronzo Dolla bercinta dengan ahli politik?

“Itu bukan saya dan saya tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik di Malaysia,” kata anggota kumpulan Dolla, Sabronzo ketika diminta mengulas dakwaan klip video mirip dirinya memasuki bangunan bersama seorang ahli politik yang tular ketika ini.

Kata Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 29, dia juga tidak mengenali atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik di negara ini.



“Maaf, saya tak kenal siapa individu dimaksudkan. Saya pun tak tengok video terbabit,” katanya.

Sabronzo ditemui di belakang pentas sebelum Konsert Jiwa Malaysia yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Mengenai video itu lagi, kata Sabronzo, namanya dikaitkan mungkin kerana wanita dalam rakaman itu mirip dirinya.

“Saya tidak tahu nak respon apa. Mungkin orang kaitkan sebab wanita dalam gambar itu mirip saya dan gaya yang sama.



“Tapi memang 100 peratus bukan saya. Lagipun, internet sekarang kreatif,” katanya.

Pada masa sama, kata Sabronzo, dia kini ‘bercinta’ dengan karier nyanyiannya dan tidak mempunyai masa untuk memikirkan hal peribadi.

“Saya akan maklumkan kepada peminat sekiranya sudah ada kekasih pada masa hadapan.

“Saya tidak akan sorok kalau sudah ada kekasih tapi buat masa sekarang belum ada lagi.



“Buat masa ini, saya hanya buat kerja dan fokus pada karier seni sahaja dan tiada masa untuk perkara lain,” katanya.

Terdahulu, tular video seorang wanita yang di dakwa mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang ahli politik tiba di lokasi sama.

Ahli politik itu juga dilaporkan pernah bertunang dengan seorang penyanyi popular tetapi hubungan itu berakhir dengan perpisahan sebelum ini. HM

Sabronzo Dolla bercinta dengan ahli politik?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan



Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja



Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker