Saya artis paling murah – Atu
Saya artis paling murah – Atu
Pelawak yang juga ahli kumpulan Zero, Atu meluahkan rasa kesal apabila mendakwa pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif berkata, pelawak sepertinya hanya dipanggil apabila stesen televisyen (TV) mahu menjayakan pertandingan.
Berikutan itu, Atu berkata, dia sudah tidak mahu bertanding dan hanya mahu berkarya atas niat menggembirakan orang ramai.
“Saya sudah malas dan penat bertanding sebab rasa tidak dihargai. Apabila ada pertandingan baru panggil pelawak.
“Banyak pelawak yang saya rasa berkebolehan, tapi tidak diberikan peluang. Banyak juga program yang saya buat bersama rakan dan saya terkilan kerana kami dilayan seperti ini dalam industri.
“Kalau dulu mungkin kami sertai pertandingan sebab fikir ganjarannya, tapi sekarang lebih mahu berkarya dan cari pelapis baharu sebab selepas kami, tiada lagi pelawak yang betul-betul diterima.
“Bila sudah tiada, baru rasa pelawak diperlukan,” katanya kepada BH Online pada sidang media Duyung: Lagenda Aurora Wetland Studios, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelawak yang berasal dari Sabah ini turut memberitahu, industri lawak kini tidak sama seperti ketika Allahyarham Pak Yus masih hidup.
“Kebanyakan stesen radio hanya ambil pelawak otai, manakala generasi baharu tiada tempat langsung, kasihan.
“Macam saya selepas 10 tahun dalam industri baru orang kenal Atu Zero.
“Pelawak lain tidak mengadu, tapi kami perasan perkara ini berlaku. Di Indonesia, program lawak bersepah dan komuniti mereka kuat.
“Dulu komuniti kita kuat, minta maaf cakap masa arwah Pak Yus ada mungkin dijaga dan bila dia tiada, kami seperti sudah bertebaran.
“Arwah kalau ada ‘job’ tak boleh buat, dia serahkan rakan. Dia banyak tolong orang dulu.
“Saya tak cakap pelawak sekarang mementingkan diri. Pelawak bujang mungkin boleh hidup sendiri, tapi risau bila sudah berkahwin bagaimana komitmen keluarga.
“Jadi, tolong berikan kami peluang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Atu teruja berkongsi Zero akan tampil dengan lagu pertama berjudul Tondu.
“Tondu membawa maksud ‘awek’. Jujurnya, kami seronok hasilkan lagu ini. Single ini boleh dikatakan ada stail seperti The Jackson 5,” katanya.
Berkongsi pencalonannya menerusi kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, Atu berkata, dia bersyukur namanya tetap dicalonkan sehingga kini.
“Alhamdulillah, ABPBH calonkan saya dan Zero setiap tahun. Sebelum ini saya dicalonkan dalam kategori filem sebab ada filem, tahun ini hanya bolos satu kategori.
“Saya tidak kecil hati kerana tak pernah sampai Top 5, tapi saya hargai pencalonan ini. Kalau menang saya hargai sebab bila ada trofi ada kerja, cuma takut juga dikatakan makin letak harga tinggi.
“Saya adalah artis paling murah di Malaysia. Persembahan RM500 pun saya buat. Memang takut nak menang sebab orang sangka jadi mahal.
“Namun, dalam hati tetap ada rasa nak menang,” katanya. BH
Saya artis paling murah – Atu
Baca Artikel Menarik:
- Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Yusoff Rawther direman kerana didakwa miliki 2 pistol, dadah
- Hakim nasihat guru besar bertaubat
- Johan ulas kontroversi sindir PM di Hot FM
- Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
- Titah adendum Najib, katakan ya atau tak. Itu sahaja – Thanenthiran
- Tauke 99 Speed Mart bakal tersenarai terkaya di Malaysia
- Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda
- Jangan panggil saya ustaz – Sabri Yunus
- Bahagian klitoris wanita Ivory Coast dijual untuk kegunaan ilmu hitam
- Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis
- Abang Bas menangis didakwa di mahkamah
- Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah
- EV kereta pakai buang?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari