Pekebun durian sanggah kenyataan polis Raub
Perhimpunan Besar Pekebun 907
Pekebun durian sanggah kenyataan polis Raub
Kumpulan pekebun durian di Raub, Pahang menyanggah larangan polis terhadap demonstrasi mereka esok atas alasan tidak mematuhi syarat notis 10 hari.
Pengerusi Perikatan Selamatkan Musang King Alliance (Samka) Wilson Chang berkata Ketua Polis Negara Razarudin Hussain Mei lalu menyatakan bahawa perhimpunan tidak memerlukan kelulusan dan hanya perlu memberikan notis lima hari lebih awal.
Chang berkata, mereka menyerahkan notis perhimpunan pada 30 Ogos, lapan hari sebelum perhimpunan.
Katanya, perhimpunan juga diadakan di kawasan awam, selari dengan prosedur yang ditetapkan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Dia mengingatkan bahawa parlimen pada 2019 meluluskan pindaan terhadap akta itu, yang mengurangkan tempoh notis daripada 10 hari kepada lima hari.
“Oleh itu, saya menyeru orang ramai untuk menghadiri Perhimpunan Besar Pekebun 907 esok supaya memberi tekanan kepada kerajaan bagi menamatkan segala penindasan terhadap pekebun supaya mempertahankan kebun durian yang diusahakan selama berpuluh-puluh tahun,” katanya.
Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman semalam menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan Samka di Dataran Pasar Sungai Klau esok.
Katanya, ia tidak mematuhi syarat notis 10 hari lebih awal serta tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi.
“Kita juga menerima bantahan untuk mengadakan perhimpunan itu daripada penduduk setempat termasuk pemilik tempat Majlis Daerah Raub dan dengan mengambil kira semua perkara terbabit perhimpunan itu tidak diluluskan,” katanya.
Samka menganjurkan demonstrasi itu bagi menuntut sewaan tanah kebun secara sah kepada pekebun durian.
Samka mendakwa sejak kes semakan kehakiman pekebun durian Musang King Raub ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 24 April, pekebun durian berdepan tekanan kerajaan negeri, konsortium dan penguat kuasa. Mk
Pekebun durian sanggah kenyataan polis Raub
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’