Apa sudah jadi dengan Kedah?

Isu tunggakan gaji pemain KDA FC

Apa sudah jadi dengan Kedah?

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mungkin terpaksa menempuh detik yang lebih sukar apabila pemainnya dilihat masih tidak turun menjalani latihan sejak Selasa lalu.

Perkembangan itu mengundang pelbagai tanggapan negatif terutama isu berkaitan tunggakan gaji yang masih melanda kem Sang Kenari sejak beberapa bulan sebelum ini yang jelas mengecewakan penyokong yang mengharapkan keadaan ini dapat dipulihkan dalam masa terdekat.



Tinjauan BH Sukan di padang latihan Stadium Sultan Abdul Halim semalam turut menyaksikan masih tiada kelibat pemain menjalani latihan memasuki hari ketiga.

Bagaimanapun ketua jurulatih, Nafuzi Zain dan staf pasukan masih berada di pusat latihan namun enggan memberi sebarang ulasan lanjut.

Menurut sumber, pemain kecewa selepas menghadapi masalah kewangan yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat hadir ke padang.

“Jika masalah tunggakan gaji ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat, keadaan tidak akan berlarutan hingga ke hari ini dan saya tidak pasti berapada lama lagi kelab terpaksa mengharungi isu ini.



“Jadi biarlah pihak pengurusan yang membuat sebarang kenyataan berhubung kemelut yang sedang melanda pasukan pada ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA), Nor Hasmadi Hamzah berkata pihaknya pelik dengan masalah kewangan yang kembali melanda pasukan walaupun Sang Kenari sudah menjalani hukuman pemotongan mata musim lalu dan tiga lagi mata pada awal musim ini.

“Apa yang berlaku pada ketika ini cukup mengejutkan penyokong dengan isu tunggakan gaji yang masih berlarutan.

“Bola sepak adalah sukan nombor satu untuk rakyat kedah, dan kami tidak rela ianya punah ranah sama sekali selepas diswastakan.



“Sekarang nampaknya seperti mahu hancur. Tiba masanya orang berpengaruh di Kedah campur tangan bagi menyelamatkan kembali bola sepak Kedah.

“Kami sebagai penyokong, cukup sayangkan bola sepak Kedah. Sebelum ianya hancur, sila lakukan sesuatu demi maruah negeri ini,” katanya. BH

Apa sudah jadi dengan Kedah?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?



Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker