Panduan simpan senjata dalam kereta
Langkah berjaga-jaga perlu diambil sekiranya anda keluar bersendirian.
Panduan simpan senjata dalam kereta
ISU membabitkan orang awam hilang atau mati dibunuh dengan kejam semakin membimbangkan di negara ini.
Justeru, ramai mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri terjamin dan mereka tidak menjadi mangsa seterusnya.
Salah satu langkah popular adalah menyimpan alat pemedih mata (pepper spray) serta senjata dalam kereta untuk tujuan mempertahankan diri daripada ancaman jahat.
Persoalannya, adakah dikira bersalah membawa senjata atau alatan di dalam kereta walaupun bertujuan untuk perlindungan diri?
Sebenarnya pemilikan senjata api adalah salah di sisi undang-undang kecuali jika anda memiliki Lesen Membawa dan Mengguna di bawah Akta Senjata 1960.
Namun permohonan memiliki lesen senjata api dibolehkan jika anda berumur atas 18 tahun ke atas, tiada rekod jenayah dan sihat mental dan fizikal.
Di Malaysia, kita mempunyai undang-undang berkenaan senjata yang tidak dibenarkan di bawah Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Dalam Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 menyatakan bahawa membawa senjata untuk kegunaan menyerang dan mencederakan orang lain di khalayak ramai tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.
Dalam akta ini, turut disenaraikan senjata yang tidak boleh dibawa oleh orang awam:
1. Flick knife– Pisau yang mengeluarkan bilah secara automatik melalui kuasa pusat putaran atau dengan menekan butang, spring dan sebagainya pada gagang pisau.
2. Gravity knife– Pisau yang mengeluarkan bilah dari gagang atau sarung melalui tekanan graviti.
3. Alat sebatan atau libasan (whip)– Diperbuat daripada rantai basikal atau motosikal, atau seumpamanya.
4. Semua jenis buku lima (knuckleduster)
5. Semua jenis bilah yang boleh disembunyikan atau dibalut (concealed) juga alatan lain yang berupaya digunakan untuk menghiris atau menikam.
6. Bearing scraper– Pisau dengan tiga mata yang tajam dan hujung yang runcing.
7. Senjata yang dikaitkan dengan agama atau kepercayaan– Sebarang pedang, keris, parang atau pisau yang padanya tertulis atau terukir sebarang perkataan, ayat atau gambaran yang berkaitan dengan sesuatu agama atau kepercayaan.
8. Sebarang jenis pedang atau parang yang kebiasaannya digunakan sebagai senjata dan bukan untuk tujuan pertanian, kegunaan rumah atau bercucuk tanam.
9. Lembing dan mata lembing
10. Kapak kecil
11. Panah-silang (crossbow)
12. Senjata elektrik– Patrolite, Stun Gun, Taser, Control Club atau peralatan seumpamanya yang berkuasa bateri atau dari apa-apa juga sumber tenaga.
Meskipun begitu, anda dibenarkan membawa peralatan mungkin dianggap sebagai senjata jika penggunaannya untuk tujuan yang sah mengikut undang-undang.
Sebagai contoh, pemain kriket boleh membawa kayu kriket dan pemain hoki boleh membawa kayu hoki dalam kereta jika ditahan di sekatan jalan raya.
Begitu juga, pedang kayu boleh dibawa jika anda berlatih seni mempertahankan diri kendo, asalkan alasan anda munasabah seperti dalam perjalanan ke tempat latihan.
Sebelum ini seorang peguam yang popular di TikTok, Hafiz Baharuddin pernah mengulas berkenaan penjualan pepper spray secara terbuka di media sosial.
Katanya, individu yang mahu memiliki pepper spray perlu mendapatkan kebenaran daripada Ibu Pejabat Polis Daerah berdekatan. MS
Panduan simpan senjata dalam kereta
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’
You must be logged in to post a comment.