Operasi tangkap buaya, Tasik Seksyen 7 ditutup sementara

Operasi tangkap buaya, Tasik Seksyen 7 ditutup sementara

Tasik Seksyen 7 Shah Alam ditutup sementara mulai jam 8 malam ini bagi membolehkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menjalankan operasi tangkap buaya.

Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan, kawasan tasik itu akan ditutup sehingga reptilia berkenaan ditangkap.



“Penutupan sementara ini akan membabitkan aktiviti rekreasi di sekitar Tasik Seksyen 7 Shah Alam seperti berjoging bermula jam 8 malam hingga 7 pagi sehingga operasi menangkap buaya selesai dijalankan.

Aktiviti memancing adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keadaan sekeliling yang lebih sunyi semasa operasi dan pada masa yang sama memastikan keselamatan orang awam di kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun menurut MBSA, gerai makanan masih lagi dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tamat operasi perniagaan pada 7 malam.



MBSA berkata, PERHILITAN Selangor telah memasang dua perangkap di tasik berkenaan manakala pihak MBSA turut memberikan kerjasama dengan memasang jaring di lima saluran air bagi mengelakkan buaya daripada terlepas.

MBSA turut menasihatkan pengunjung untuk sentiasa berhati-hati apabila berada di kawasan tasik Seksyen 7 sehingga Operasi Menangkap Buaya selesai dijalankan.

Terdahulu, Pengarah PERHILITAN Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, hasil pemerhatian jabatan mendapati hanya ada seekor buaya di tasik berkenaan dipercayai buaya spesis tembaga dengan anggaran sepanjang 1.5 meter. MG

Operasi tangkap buaya, Tasik Seksyen 7 ditutup sementara



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)



Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker