Malaysia catat nilai pelaburan RM160 bilion dalam masa enam bulan – PM
Malaysia catat nilai pelaburan RM160 bilion dalam masa enam bulan – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM160 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun 2024.
Menurut Perdana Menteri, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jelas beliau yang juga Menteri Kewangan, kesemua pelaburan tersebut melibatkan hampir 3,000 projek baharu yang akan membuka lebih 79,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia
“Pertumbuhan suku kedua Malaysia telah mencapai 5.9 peratus sekali gus menunjukkan ekonomi negara kembali memperlihatkan prestasi cemerlang.
“Perkara itu tidak akan berlaku tanpa kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan-jabatan dan kementerian serta pejabat kerajaan di luar negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Khazanah Nasional Bhd di MITEC semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut menggesa syarikat swasta lain mencontohi Khazanah Nasional memastikan semua kakitangannya menerima gaji minimum sekurang-kurangnya RM3,100 sebulan.
“Semua syarikat swasta perlu ambil contoh teladan daripada Khazanah Nasional untuk memberi pendapatan yang lebih setimpal kepada kakitangan mereka,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Anwar mahu Khazanah Nasional Berhad merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur yang mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.
Jelas beliau, pelan pembaharuan sebenar yang mengekalkan identiti asal itu merangkumi Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Bangunan Carcosa Seri Negara.
“Sebelum belanjawan Oktober ini, saya mahu pastikan supaya ada gambaran jelas pada negara, kita ada usul untuk memulakan wajah Kuala Lumpur yang tidak terpisah daripada warisan budaya gemilang kita,” katanya. MG
Malaysia catat nilai pelaburan RM160 bilion dalam masa enam bulan – PM
Baca Artikel Menarik:
- Tak serik menyundal, wanita didenda kali kedua oleh mahkamah
- 4 amaran awal lubang benam, tanah runtuh di jalan raya
- Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim
- PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri
- Tanah perkuburan Islam bertingkat
- Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie
- Satu lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
- Lori rempuh kedai arak, 10 maut
- Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
- Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis
- Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial
- Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
- Perkahwinan Fazura sedang bergelora?
- Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid
- Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok