Ringgit terus menurun rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati dan permintaan yang hambar, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.3675/3705 berbanding dolar AS, daripada 4.3550/3600 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit juga rendah berbanding beberapa mata wang utama lain memandangkan pelabur mungkin mengambil keuntungan susulan kenaikan minggu lepas apabila unit tempatan melonjak sebanyak 1.3 peratus minggu ke minggu berbanding dolar AS.



Beliau berkata, pasaran kini menumpukan data AS yang akan dikeluarkan malam ini, termasuk Indeks ISM bagi Ogos, untuk menilai kemungkinan pengurangan kadar faedah AS yang telah dijangkakan.

“Pasaran dilihat telah memutuskan bahawa pengurangan kadar faedah akan berlaku pada bulan ini.

“Bagaimanapun, sekiranya data menunjukkan kekukuhan yang tidak konsisten, ini mungkin mendorong dolar AS meningkat,” katanya.

Pada penutupan dagangan, ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 2.9921/9943 daripada 2.9688/9725 pada Isnin, dan susut berbanding euro kepada 4.8208/8242 daripada 4.8197/8252.



Ringgit rendah berbanding pound British kepada 5.7267/7306 daripada 5.7203/7269.

Sementara itu, ringgit juga kebanyakannya ditutup rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3360/3386 daripada 3.3321/3361 semalam, dan menguncup berbanding baht Thailand kepada 12.7537/7680 daripada 12.7228/7429.

Ringgit juga lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 281.2/281.6 daripada 280.4/280.9 namun meningkat semula berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.72 daripada 7.72/7.73 pada Isnin.



— BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker