Menteri Wilayah umum operasi SAR tanah jerlus Masjid India dihentikan serta merta petang ini

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, dihentikan petang ini.

Perkara diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya, perkara itu diputuskan selepas mengkaji semula laporan daripada semua agensi berkaitan operasi SAR, sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.



“Keputusan yang diambil ialah untuk mendapat pandangan daripada sudut pakar, sebelum kita mengambil apa-apa keputusan.

“Oleh kerana itu, setelah kita mengumpulkan semua bentuk kepakaran yang ada termasuklah dari pihak PDRM, bomba, DBKL, Indah Water Konsotium (IWK), Jabatan Geologi, Agensi Nuklear Negara dan pelbagai lagi telah diambil pandangan.

“Kita telah membuat keputusan untuk kita memberhenti mencari dan menyelamat pada hari ini,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim



Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak



Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker