Patung Buddha rosak disyaki angkara pemain nombor ekor

Patung Buddha rosak disyaki angkara pemain nombor ekor

Patung Buddha terletak kuil berusia 80 tahun di Kuala Terengganu didapati sengaja dirosakkan pagi ini dengan polis mengesyaki tindakan itu dilakukan pemain nombor ramalan yang kecewa.

Ketua Polis Terengganu Azli Noor ketika mengesahkan kejadian, menyatakan seorang pekerja Kuil Choo Men Thong mendapati patung Buddha bermuka empat berada di lantai, selain kaca bertaburan di sekeliling, pada 7.15 pagi.



Pengerusi kuil berkenaan tampil membuat laporan susulan kejadian itu.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Patung itu tidak terjejas, tetapi ditolak ke lantai oleh individu tidak dikenali, kata Azli.

“Kuil terbabit tidak dikawal pada sebelah malam, tidak dilengkapi CCTV, dan tidak berpagar.



Ada pelawat yang berkunjung ke kuil itu untuk meminta nombor ramalan, dan berdasarkan siasatan awal kami, berkemungkinan tindakan itu dilakukan pemain nombor ekor yang kecewa.

Azli juga memaklumkan, kejadian vandalisme itu kali pertama berlaku di kuil berkenaan sejak ia dibina.

Patung seberat 20kg bernilai RM2,500, dengan Azli menyatakan pengerusi kuil mengganggarkan kos kerosakan di kuil sekitar RM550.

Azli menekankan kes tersebut tiada kaitan isu melibatkan kaum dan agama. FMT



Patung Buddha rosak disyaki angkara pemain nombor ekor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker