Bilik asrama MRSM terbakar, pelajar selamat

Bilik asrama MRSM terbakar, pelajar selamat

BESUT: Beberapa pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra di sini, berjaya menyelamatkan diri selepas empat bilik asrama mereka terbakar malam tadi.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran jam 10.44 malam itu kerana semua mangsa berjaya keluar daripada bangunan berkenaan.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli, berkata kebakaran itu membabitkan empat bilik di tingkat satu asrama terbabit.

Katanya, bangunan asrama itu dihuni seramai 58 pelajar lelaki dan ketika kejadian pelajar berada di kawasan sekolah.

“Bomba menerima panggilan kecemasan jam 10.44 malam sebelum sepasukan 20 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari BBP Besut dan Jertih digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pihak sekolah menghubungi bomba apabila api semakin marak walaupun pelajar dan pihak asrama cuba memadamkan kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira satu jam 40 minit untuk mengawal dan memadamkan sepenuhnya api di kawasan itu.

“Anggota bomba terpaksa memecahkan siling bangunan itu untuk memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya terutama di bahagian bumbung bangunan.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. BH

Bilik asrama MRSM terbakar, pelajar selamat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker