Rohingya bunuh isteri, dua anak didakwa hari ini

Rohingya bunuh isteri, dua anak didakwa hari ini

Alor Setar: Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isteri dan dua anaknya serta kesalahan dadah dalam kejadian pada 18 Ogos lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dikemukakan terhadap tertuduh, Abdu Gapur Doli Ahmad, 43, di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor dan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.



Di hadapan Majistret Siti Norhidayah, tertuduh yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) didakwa membunuh isterinya, Nor Begam Md Yasin, 34, di belakang sebuah bangunan kosong di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini, pada jam 11.30 malam pada 18 Ogos lalu.

Tertuduh turut didakwa membunuh anak bongsunya, Abdul Hakim yang berusia setahun 11 bulan di hadapan sebuah premis perkakasan rumah, Lorong Tunku Muhammad Jalan Pegawai di sini, pada jam 12.45 pagi, 19 Ogos lalu.

Sementara di hadapan Majistret Nur Syifa, tertuduh didakwa membunuh anak sulungnya, Lianaata, 10, di lokasi sama seperti ibunya, pada jam 11.30 malam, 18 Ogos.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan sebatan minimum 12 kali.



Bagi pertuduhan kesalahan dadah, Abdu Gapur mengaku bersalah memasukkan dadah jenis Amphetamine; Methamphetamine dan Morfin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, pada jam 1.50 pagi, 20 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha dan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor M Kaneson, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudian menetapkan tarikh 26 November depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan forensik termasuk laporan patologi bagi hukuman untuk kesalahan dadah.



Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu ditahan di sebuah masjid di Bukit Pinang, di sini selepas mengelar isteri dan dua anaknya di leher dengan menggunakan parang.

Seorang lagi anak berusia lima tahun tidak diapa-apakan dan kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). BH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker