Bayaran balik penuh jika penerbangan ditunda lebih 5 jam

Pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016.

Bayaran balik penuh jika penerbangan ditunda lebih 5 jam

PUTRAJAYA: Syarikat penerbangan tidak lama lagi diwajibkan untuk membuat bayaran balik penuh kepada penumpang sekiranya penerbangan yang ditunda selama lima jam atau lebih, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Loke berkata, ini adalah sebahagian daripada pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) yang bertujuan memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna dan akan digazetkan bulan depan.



Dalam satu sidang media, Loke berkata penumpang boleh memilih untuk mendapatkan bayaran balik penuh harga tiket jika mereka ingin membatalkan perjalanan.

Beliau berkata syarikat penerbangan mesti menawarkan bayaran balik kepada penumpang yang terjejas melalui kaedah pembayaran asal, walaupun boleh menawarkan alternatif seperti kredit atau baucar penerbangan.

Katanya, pengguna akan mempunyai hak untuk memilih kaedah pembayaran yang mereka inginkan.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Bayaran balik penuh jika penerbangan ditunda lebih 5 jam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker