Kita berbeza tetapi bersatu – Akmal

Kita berbeza tetapi bersatu – Akmal

Malaysia mempunyai kekuatan tersendiri yang tiada di negara lain kerana berjaya ditadbir dengan baik oleh pemimpinnya menerusi kepelbagaian kaum.

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebagai anak Malaysia, beliau berbangga apabila perbezaan budaya dan kaum di negara ini boleh diasimilasikan.



Beliau memberi contoh negara seperti India, China dan Indonesia juga tidak seperti Malaysia.

“Saya harap perkara ini dikekalkan dalam ruang lingkup yang kita ada di Malaysia.

“Sudah tentu perkara membanggakan. Hari ini Malaysia tidak lagi seperti negara yang merdeka seusia dengannya. Kita jauh lebih ke depan.

“Kita harap perubahan ini diteruskan. Kita tak nak Malaysia tinggal statik sahaja,” katanya dalam wawancara bersama Harian Metro di pejabatnya.



Mengulas lanjut, beliau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkata, tiada mana-mana pihak boleh menafikan pencapaian negara ini dari zaman merdeka sehingga ke hari ini yang amat membanggakan.

“Apabila bapa kemerdekaan dan pemimpin kita terdahulu membangunkan negara daripada tak ada apa-apa.

“Hari ini, kita boleh duduk antara negara membangun dan disegani di kawasan serantau serta dunia,” katanya.

Bagaimanapun Dr Muhamad Akmal berpendapat, pembangunan yang dikecapi negara sehingga ke hari ini juga bukan kayu pengukur kepada kemerdekaan selama ini.



Menurutnya, apa yang perlu ada pada sekarang adalah bagaimana mahu melahirkan generasi rakyat Malaysia yang berjaya dan disegani setiap lapisan masyarakat.

“Pembangunan itu tidak boleh menjadi kayu pengukur. Apa yang lebih penting bagi generasi muda hari ini ialah bagaimana negara merdeka ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjamin masa depan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu berkata, cabaran bagi generasi baharu adalah memerdekakan minda.

“Merdeka bukan sahaja bebas daripada genggaman penjajah, itu zaman datuk nenek kita pemimpin terdahulu. Tetapi merdeka hari ini ialah bagaimana kita nak melepaskan minda kepada rakyat kelas pertama.



“Itu saya lihat cabaran yang dihadapi sebagai pemimpin dan generasi baharu. Saya percaya kita boleh lakukan,” katanya.

Selain itu katanya, sebagai ahli politik, beliau juga mahu melihat politik dapat menyatupadukan dan bukan memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Ini kerana beliau melihat, perbezaan fahaman politik dan perkara remeh memisahkan rakyat.

“Bagi saya, ini satu perkara yang sangat rugi untuk rakyat Malaysia. Sedangkan politik itu alat memerdekakan negara dan membantu membangunkan negara.



“Tetapi hari ini kita melihat politik itu digunakan untuk memecah-belahkan rakyat dan juga merudumkan pembangunan.

“Sudah tentu harapan saya mahu mengisi kemerdekaan. Sebagai pemimpin kita mahu melihat negara ini disepadukan semula oleh rakyat berbilang kaum,” katanya. HM

Kita berbeza tetapi bersatu – Akmal

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker