UMNO gerakkan Rumpun Melayu satukan NGO Melayu

#PAU2024

UMNO gerakkan Rumpun Melayu satukan NGO Melayu

UMNO akan menjalankan usaha secara besar-besaran untuk menyatukan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu menerusi gerakan yang dinamakan Rumpun Melayu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu bagi memperkukuhkan agenda perkongsian kuasa berindukkan Melayu dan Islam di negara ini.



Jelas beliau, melalui gerakan itu, UMNO akan bersama-sama pertubuhan-pertubuhan yang memiliki semangat ke arah mempertahankan perkongsian kuasa.

“Kita mahu gerakan ini sebagai wadah untuk memastikan agenda Melayu dan Islam menjadi teras dalam apa juga bentuk kerjasama yang hendak dijalinkan,” katanya katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Terdahulu, ketika menyentuh berkenaan aspek perkongsian kuasa, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, parti itu membawa suara sederhana yang menyatukan parti-parti politik berhaluan kanan dan kiri.

Jelas beliau, penyatuan itulah yang menjamin keindukkan Islam dan Melayu terpelihara tanpa meminggirkan hak dan suara kaum-kaum lain.



“Inilah akar tunjang yang menjamin keamanan, kestabilan dan keharmonian hidup bernegara,” katanya. MG

UMNO gerakkan Rumpun Melayu satukan NGO Melayu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker