Video sembang dadah, 3 dipanggil bantu siasatan
Video sembang dadah, 3 dipanggil bantu siasatan
MELAKA: Polis memanggil dua wanita dan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung penularan rakaman video mengenai perbualan berkaitan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Melaka Zainol Samah berkata wanita 18 tahun dan remaja lelaki, 17, yang masing-masing berasal dari Batu Berendam serta Jasin itu dipanggil memberi keterangan di IPD Melaka Tengah 6 petang semalam.
Menurutnya seorang lagi wanita 18 tahun yang tinggal di Jalan Dato Senu, Kuala Lumpur dipanggil memberi keterangan di IPD Sentul pada 9.55 malam tadi.
“Selasa lepas, video 52 saat yang memaparkan perbualan sekumpulan individu berkaitan penyalahgunaan dadah tular di media sosial.
Siasatan polis mendapati perbualan itu dibuat pada Isnin (19 Ogos) secara berkumpulan dalam talian menggunakan platform TikTok, katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata tiga individu itu dipanggil memberi keterangan, sebelum dilepas serta dibebaskan tanpa syarat selepas siasatan mendapati mereka melakukan perbualan berkenaan setelah menonton filem memaparkan adegan penyalahgunaan dadah dan sekadar gurauan bersama rakan.
Katanya semakan rekod mendapati tiga individu terbabit tiada rekod jenayah dan negatif ujian air kencing, tetapi kes itu dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan lanjut. FMT
Video sembang dadah, 3 dipanggil bantu siasatan
Baca Artikel Menarik:
- RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?
- Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin
- Muhyiddin aset atau liabiliti untuk PN?
- Muhyiddin bertambah pening
- Kenapa Hamzah dan Tuan Ibrahim bercanggah?
- Lipas ‘berkampung’ dalam rak makanan, peniaga medan selera New World Park lari ketika penguatkuasaan
- Khalid Samad utus surat kepada Anwar, ketidakadilan ini perlu segera ditamatkan!
- Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam
- Lelaki Afrika terbabit kes samun ditembak mati (Video)
- Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta
- Tekanan hidup, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak
- Arteta upah penyeluk saku
- Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia
- Syamsul ceraikan Ira, Alhamdulillah – Patimah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Pulangkan balik ikan haruan itu’
You must be logged in to post a comment.