5 negara utama BRICS sokong penyertaan Malaysia – Anwar

5 negara utama BRICS sokong penyertaan Malaysia – Anwar

Malaysia dijangka menerima laluan mudah dalam permohonan menyertai blok kerjasama ekonomi yang sedang pesat membangun dipelopori Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini, Malaysia tidak berdepan halangan untuk menyertai blok berkenaan selepas lima negara utama itu menyatakan sokongan mereka.



“Buat masa ini, kita sudah mengadakan perbincangan dengan China, Russia dan India yang mana mereka amat menyokong, manakala Brazil dijangka menghantar Menteri Luarnya (ke Malaysia) dalam tempoh terdekat.

“Malaysia amat bertuah kerana kebanyakan negara amat menyokong (penyertaan Malaysia) walaupun saya berasakan mereka belum membuat keputusan sama ada untuk menerima (Malaysia) sebagai anggota penuh atau rakan anggota,” katanya menerusi temubual bersama India Global Today.

Malaysia sudah mengemukakan permohonan untuk menyertai BRICS yang ditubuhkan pada 2009 merangkumi Brazil, Russia, India serta China, sebelum disusuli penyertaan Afrika Selatan pada 2010.

Pada Januari lalu, negara-negara seperti Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menyertainya sebagai anggota baharu.



Mengulas lanjut, Anwar berkata keputusan sama ada permohonan Malaysia untuk menyertai BRICS mungkin diketahui dalam tempoh beberapa bulan lagi

Ditanya sama ada Malaysia berdepan halangan daripada mana-mana negara anggota untuk menyertai BRICS, Anwar berkata, setakat ini tiada.

“Buat masa ini tiada (negara yang mahu menghalang penyertaan Malaysia) kerana pemegang taruh utama (seperti) Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan menyatakan akan memberikan sokongan kepada Malaysia,” katanya.

Secara kumulatif, keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara anggota BRICS berjumlah AS$26.6 trilion iaitu 26.2 peratus daripada KDNK dunia dan hampir menyamai kekuatan ekonomi negara-negara kumpulan G7.



Negara anggota BRICS juga mempunyai bilangan populasi besar sebanyak 3.21 bilion yang dijangka terus meningkat menerusi penyertaan Mesir, Ethiopia, Iran dan UAE yang berpenduduk 333 juta orang, sekali gus membentuk pasaran mega merangkumi kira-kira 3.54 bilion orang atau hampir 45 peratus penduduk dunia. BH

5 negara utama BRICS sokong penyertaan Malaysia – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker