Wanita maut tercampak dari SUV terbabas

Wanita maut tercampak dari SUV terbabas

Ipoh: Seorang wanita maut selepas tercampak dari kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kemalangan di Kilometer (KM) 256.2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan berhampiran Trong, Taiping, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita yang belum dikenal pasti identiti dan usianya itu meninggal dunia di tempat kejadian.



Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 11.05 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Fortuner terbabas dan terbalik, dan terdapat dua mangsa.

“Seorang mangsa wanita disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian, manakala mangsa lelaki hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala lelaki yang cedera diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan dan operasi tamat sepenuhnya pada 12 tengah hari. HM



Wanita maut tercampak dari SUV terbabas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu



Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)



Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker