Dua penjenayah larikan diri lebih 20km ditahan polis
Dua penjenayah larikan diri lebih 20km ditahan polis
ALOR GAJAH – Dua penjenayah yang melarikan diri sejauh lebih 20 kilometer berjaya ditahan selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Pengkalan di sini pada pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 9 pagi suspek yang menaiki kereta Toyota Vios telah dikejar oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sejauh lebih 20 kilometer (KM) dari Kampung Lapan, Bachang hingga ke lokasi kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati setiba di lokasi kejadian, kenderaan suspek yang sedang memecut laju kemudian telah menyongsang arah sebelum merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
“Dipercayai kenderaan suspek telah dikejar polis dari arah Durian Tunggal menghala ke Alor Gajah.
“Namun setiba di persimpangan lampu isyarat itu, pemandu bertindak menyongsang arus lalu bertembung secara berdepan dengan pacuan empat roda yang datang dari arah Alor Gajah menghala ke Durian Tunggal.
“Akibat kemalangan itu suspek pemandu serta penumpang masing-masing berusia 45 dan 20 tahun mengalami patah dan cedera kaki kanan dirawat di Hospital Alor Gajah,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.
Tambahnya, pemandu pacuan empat roda berusia 35 tahun dan mengusahakan tanaman sayur bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ujarnya, kedua-dua lelaki yang merupakan penganggur dan beralamat di Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan Bandar Baru Selayang, Selangor akan ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya, pemeriksaan yang dilakukan dalam kenderaan suspek turut menjumpai sejumlah dadah dan alatan pecah rumah dan disyaki suspek adalah penjenayah.
“Unit peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah juga membantu dalam operasi berkenaan namun kes akan diserah untuk siasatan kepada IPD Melaka Tengah,” katanya lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai hingga mengakibatkan kemalangan. Sinar
Dua penjenayah larikan diri lebih 20km ditahan polis
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Hassanal gesa polis ambil tindakan terhadap Muhyiddin
- Tolong respek suami saya raja saya – Tunku Azizah
- Perasmian SUKMA Sarawak 2024 lagi ‘power’ dari Olimpik Paris 2024
- Bekas MP didakwa buat gangguan seksual disiasat polis
- Mohd Fadzly didakwa bunuh Cikgu Istiqomah
- Ingat aku gangster ke? – Uqasha
- Ruhainies minta pelihara hatinya
- Aura Tengku Hassanal, Sarawak dan Pahang ibarat sepupu
- Pukul pemandu OKU: Anggota dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan lain – KPN
- Muhyiddin keterlaluan
- Myvi terbabas rempuh pokok pisang, pemandu maut
- Suspek bunuh Nuraina Humaira direman 7 hari
- Senjata makan diri
- Bukit Aman akan panggil Muhyiddin Selasa ini
- Netizen Indonesia buat hal, ‘claim’ persembahan LIMA’23 sebagai persembahan hari kebangsaan Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu
Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)
Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)