Bekas MP didakwa buat gangguan seksual disiasat polis

Bekas MP didakwa buat gangguan seksual disiasat polis

Polis membuka kertas siasatan terhadap bekas ahli Parlimen yang didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 20-an pada 6 Ogos lepas yang mendakwa beliau diganggu secara seksual sebanyak dua kali oleh suspek ketika berada di pasar raya itu.



Beliau berkata pihaknya juga mengesan satu video tular di media sosial berdurasi 18 saat berhubung dakwaan itu pada 2 petang tadi.

“Siasatan terperinci dilakukan mengikut Seksyen 507 A dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Shahrulnizam berkata berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati suspek bertugas di sebuah syarikat badan berkanun dan berjawatan pengarah bukan eksekutif.

“Polis akan merakam keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan dan individu yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222,” katanya. Mk



Bekas MP didakwa buat gangguan seksual disiasat polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’



Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah

Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam



Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker