Gaduh di asrama pekerja kilang, seorang maut
Gaduh di asrama pekerja kilang, seorang maut
Seorang pekerja kilang warga Nepal maut disyaki ditikam dengan objek tajam dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan pekerja warga asing di sebuah asrama pekerja di Kuala Kurau, Kerian, kira-kira 108 kilometer dari Ipoh, semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kira-kira jam 12.35 awal pagi semalam, pihaknya menerima panggilan mengenai pergaduhan melibatkan sekumpulan warga Myanmar dan Nepal di asrama berkenaan.
Juna berkata hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan tercetus akibat rasa tidak puas hati disebabkan perbuatan membuat bising.
“Kesemua warga asing itu bekerja di kilang yang sama di Kuala Kurau dan mangsa merupakan lelaki warga Nepal berusia 28 tahun,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Beliau berkata susulan kejadian itu, polis telah menahan 21 suspek bagi membantu siasatan manakala seorang pekerja Myanmar berusia 38 tahun telah menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Menurutnya, polis masih giat mengesan suspek yang menghilangkan diri dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian ASP Ambri Mat Nayan di talian 011-1309 2525 atau pegawai penyiasat Inspektor Fernandes Bayoi di talian 019-867 3515.
Orang ramai juga boleh hubungi IPD Kerian di talian 05-721 5222 atau mana-mana balai polis terdekat bagi menyalurkan maklumat lanjut. Mk
Gaduh di asrama pekerja kilang, seorang maut
Baca Artikel Menarik:
- Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus
- 11 hari tidur atas lantai simen lokap SPRM – Zarul
- Kamu nak dakwa siapa? – Aufahanie
- Pemain bola sepak bawa senjata dipenjara 14 hari
- ‘Samseng taik kucing’ acu pistol mainan adik
- Jawatan PM Thailand kembali kepada keluarga Thaksin
- Saya bukan Papagomo – Wan Azri
- Pakar Hospital Queen Elizabeth 2, UMS, bedah otak pesakit secara sedar
- Balik umrah pakai seksi, ini kata Eyka Farhana
- Akmal bidas Teresa kerana dakwa tak hormat keputusan mahkamah
- Tumbuk pemandu OKU: LFL mahu pertuduhan jenayah bukan tindakan tatatertib
- ‘Gadis kampung’ jadi Datuk Bandar KL
- Akhirnya Nidza Afham menjadi ‘terkenal’
- Buat malu nama Malaysia saja
- Intan dipukul suami kerana tonton video lucah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’