Ulat bulu laut serang ke pantai di Amerika

Pantai Teluk Texas di  Amerika Syarikat (AS) menerima kehadiran sejumlah ulat bulu laut minggu ini, sejenis haiwan berduri yang mampu memberikan sengatan menyakitkan kepada mangsa, lapor portal berita Fox News.

Haiwan kecil dinamakan ‘fireworm’ itu mempunyai bisa, demikian menurut Perkhidmatan Taman Negara (NPS).

Sejak tiga hari lalu, ulat bulu laut itu terdampar di atas kayu  besar yang dilitupi teritip. Ia dipercayai mungkin memakan teritip tersebut.



Institut Penyelidikan Harte untuk Kajian Teluk Mexico memberi amaran kepada pengunjung pantai tentang bahaya ulat bulu itu.

Ini kerana haiwan tersebut boleh menyebabkan kesakitan luar biasa kepada mereka yang menyentuhnya.

Ia menyebabkan rasa sakit, gatal-gatal dan rasa seperti terbakar, menyebabkan ia diberi nama ‘fireworm’. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’



Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah

Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam



Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker